Syiok Beraya Gaya #NNRaya
Selamat
Hari Raya…mari kita beraya ikut gaya #NNRaya! Kebiasaannya saya akan menulis
blog post saya dalam Bahasa Omputih tetapi disebabkan semangat nak sambut Raya,
saya akan cuba untuk menulis dalam Bahasa Malaysia pula. Agak ah…member dulu
President Persatuan Bahasa Malaysia time sekolah ok. Namun nak minta maaf dulu
jika ada terselit Bahasa rojak sekali sebab dok kawan member yang juga pakai
Bahasa rojak. Janji faham ok lah kan?
Sampai sudah....so mari kita bergembira! |
Saya sangat
teruja apabila mendapat tahu Nuffnang akan menganjurkan Rumah Terbuka untuk
Hari Raya dengan tajaan daripada Ambi Pur, UMobile, Carama Castrol, Wow Photo Booth dan Doof Industries di Wanaka Bungalow. Cara nak join mudah saje selagi aktif dalam
media sosial. Saya dengan penuh semangat mencuba nasib dan menerima jemputan
daripada Nuffnang!
Pose wajip ni! |
Yeay!
Nak Raya! Nak Raya! Saya mempelawa kawan saya, Cik Bella untuk menjadi plus one
saya sebab dia ada kereta so senang sikit saya nak pergi ke venue. Hehehe….main-main
jelah…member saya sekor ni dah memang selalu folo kalu pegi mana-mana sebab
kami tak banyak songeh. Kalau timing kena memang bole lepak sehari suntuk tanpa
membunuh diri masing-masing.
Tiba
hari yang dinantikan, kami tersesat sikit je sebelum parking and tampal make up
dalam kereta sebab menghadiri event lain sebelum itu. Lepas register je…terserempaklah
dengan beberapa bloggers yang glamer gitew. Kami memulakan misi untuk menyertai
beberapa aktiviti awesome yang telah disediakan oleh Nuff Nang. Toleh kiri ambil gamba, toleh kanan ambil
gamba lagi. Lepas tu naik ke tingkat satu ke sudut Ambi Pur untuk menghidu bau
wangi semburan yang disediakan. Lepas dah puas main spray…dapat pulak peluang
nak buat panggilan percuma ihsan daripada Umobile. Turun balik ke tingkat
bawah.
Nak menang hadiah punya pasal....nampak bulu hidung tak? :P |
Nampak
pula Wowbooth, dengan props berbagai bentuk, apa lagi? Jom serang amik lagi
banyak gambar. Macam-macam muka keluar tapi masih maintain comel. Disebabkan belum ramai yang serang wowbooth,
kami terus mengambil few more pictures buat memori.
Kanak-kanak keriangan! |
Ehem....sempat lagik tuh! #iJeles...sikit jew |
Pengacara memulakan ucapan
dan beberapa game mula dimainkan….rilek dulu…rilek dulu Mani…awal lagi ni. Hadiah
banyak lagi tuh. Kita bermingle dulu dengan kawan baru dan lama. Sambil tu,
mata menjeling ke arah lamb yang sedang dibakar. Sedap je bau. Tak sabar nak
ngap lepas dah masak.
Yummy!!! |
Semakin
lama, semakin meriah suasana di Wanaka Bungalow dengan gelak tawa keriangan.
Disebabkan kepanasan semasa game sedang dimainkan, kami lepak di luar sambil
menghayati keindahan permandangan.
Riang ria Raya |
Nom nom nom |
mmmmmmbekkk.....baeekk punya!!! |
Pandang kiri, pandang kanan….yezza….kambing
dah siap masak! Jom nom nom nom. Yumm….sedap siot! Nak tambah lagi boleh bang?
Sambil makan, sambil gelak, sambil gembira. Memang syiok lar rumah terbuka ni.
Lepas
perut dah kenyang, semangat nak join game melanda. Tengok ada luck tak nak
bolos mana-mana buah tangan. Nasib baik, game tu senang sahaja. Kena buat
panggilan and suruh rakan di talian jawap soalan mudah. Terima kasih Zal sebab berjaya
menjawap dengan betul. Dapat juga hadiah yang diidamkan.
Wiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!! Muka macam menang jackpot sudah.
Jeng jeng jeng |
Kami
terus bergelak tawa, lagi kuat sebab dah dapat hadiah lar kan? Masing-masing
muka happy giler. Namun kami terpaksa pulang tetapi bukan sebelum ambil gambar
kenangan lagi.
Dinding memori gitew! |
Biarpun tidak dapat lepak sehingga tamat acara, kami telah enjoy
katak di Rumah Terbuka Raya Nuffnang. Kami tidak sabar untuk menyertai acara
akan datang di masa depan. Terima kasih Nuffnang atas jemputan.
Alo lo looooo..... |
....ni lagi comei kan? |
P/s- Gambar ada yang disnap sendiri atau disonglap
nice nice!! remember me? from www.marcsjy.com
ReplyDelete